Sunday, April 17, 2011

sunyi-sunyi lagi sunyi...sunyi yang tidak sepi

sunyi lagi tanpa kamera ku, tidak sesunyi aku bersama teman. hari hari penuh senyum tetapi kosong senyum tanpa puas. puas aku bersama kamera ku, walau tidak dipetik cukup sekadar untuk diusap, manja-manja-obsesi bukan songsang diri aku

Tuesday, April 5, 2011

sunyi sunyi segulung filem

sunyi bagi aku  mengambarkan satu ruang tanpa ada sebarang stimulasi bagi membuat karya. yakni turun ke padang mengambil gambar-bertemankan seulung filem dan sebuah kamera. padang itu umpama kanvas bagi sang pelukis dan sebuah band bagi segerombolan hipster.

Friday, October 1, 2010

analog vs digital

dalam keseimbangan perhitungan aku untuk menjalankan hobi ini, aku selalu dilanda dilema sama ada hendak mengikut arus yakni berpaling pada teknologi arus perdana atau terus berjalan dengan teknologi tua. pertikiaan yang berlaku sedikit sebanyak merunsingkan pemikiran dan emosi. sesetengah pakar jejadian mengesorkan DIGITAL, pihak protestan pula mengangkat martabat ANALOG. namun harus di ingatkan bahawa hobi ini adalah hobi suci atau inner interest yang aku cari selama ini. bermula era inovasi NICEPHORE NIEPCE yang mencipta kamera tanpa kanta pada 1822 hingga wujud nya kamera SLR pertama CONTAX S 1949, ledakan DIGITALISM pada akhir dekat 80an hinggalah kepada pengumuman mengejutkan dari KODAK yang tidak lagi mengeluarkan kodakchrome film pada 2009. bagi pakar jejadian, pengunaan kamera digital adalah lebih baik kerana nampak 'cool' kononya dan boleh dipadam serta boleh di ubah-ubah penampilan gambar tersebut di dalam komputer. bagi golongan protestan pula adalah lebih baik mengunakan kamera tua supaya lebih cenderung kepada penampilan yang klasik yang seolah-olah 'anti-establishmentism'. namun pada aku, aku tidak masuk campur urusan mereka , aku sekadar mendengar kerana apa yang aku cari dalam karya aku adalah kepuasan dan 'pure genuineness'  yakni setiap gambar aku bebas dari sebarang proses 'plastic surgery' atau 'over make up'. bagi juru gambar yang kagum denagn hasil gambar yang di edit adalah seperti seseorang lelaki yang bangga mempunyai kekasih yang berwajah plastik atau berbuah silikon. maaf bukan menghina atau mengutuk cuma sikap sesetenagh mereka membuatkan mereka menjadi ledih rigid dari segi 'critical theory' dalam mengembangkan bakat dan keboleh manusia itu ketahap maksimum. bagi saya kepuasan itu datang apabila berlumpur ditengah sawah untuk mencari sudut yang terbaik atau mengharung paya untuk mengambil gambar teratai yang jelas. bagi aku itu semua adalah kepuasan sebenag juru gambar dalam menghasilkan adan menerbitkan gambar tanpa campur urus modenisasi yang meroskan pengalaman dan keaslian..suka saya katakan bahawa, setiap hobi yang melibatkan kesenian juga berkait dengan keaslian..tepuk dada tanya selera

foto analog minolta x 300











diana fish eye lomo
diana fish eye lomo
diana fish eye lomo mix/long exposure 

diana fish eye lomo
fish eye long exposure techniques
konica extention color 400 iso